Saturday, October 19, 2013

TANAN DUSUN 4 EKAR DI KAMPUNG SUNGAI IKAN, KUALA TERENGGANU




 Tanah kebun untuk dijual. Suasana tropika yang nyaman dan mempersonakan serta amat sesuai bagi mereka yang ingin lari dari riuh rendah kesibukan kota. Terletak pada kedudukan kampung Sungai Ikan dan Kampung Lingai Kuala Terengganu, 1 Kilometer dari laluan utama Gemuroh ke Kota Bharu Kelantan, berdekatan dengan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Di dusun itu, terdapat sebuah rumah sederhana besar menanti anda yang boleh dijadikan tempat berteduh (rumah batu), juga sebuah Feedlot (kandang lembu) jika anda berminat memelihara binatang ternakan. Berkeluasan sebesar 4 ekar. Amat sesuai dijadikan tempat rehat ataupun hanya sebagai asset simpanan semasa, juga sesuai jika di sini dijadikan kem atau tapak perkhemahan untuk kegiatan berkumpulan.

Antara pokok buah-buahan yang ada di tanah bersih tanpa semak yang baru ditebas ini adalah pokok rambutan, pokok duku dan pokok durian dalam kuantiti yang banyak dan telah mengeluarkan hasil setiap tahun untuk dimakan. Rasai pengalaman real kampung dikelilingi pokok-pokok tanaman buah-buahan.

Harga ditawarkan adalah RM195K.
Jika berminat boleh hubungi pemilik tanah Ustaz Haji Khairul di talian 017-980 9944 atau pembantunya di 019-965 7791. Harga masih boleh dirunding. 



 

0 comments:

Post a Comment