Sunday, October 6, 2013

KHIDMAT REKABENTUK


Khidmat  Rekabentuk

REKABENTUK RUMAH BARU
Anda mungkin pernah mendengar ungakapan "Rumah Anda, Cita Rasa Anda". Rekabentuk sesebuah rumah sebenarnya mencerminkan peribadi, personaliti dan gaya hidup seseorang. Ada yang meminati rekabentuk vernakular Bali atau English, tidak kurang pula yang meminati rekabentuk tradisional Melayu, moden dan Kontemporari. Anda mungkin mempunyai cita rasa tersendiri yang mahu diterjemahkan melalui rumah yang anda dan diami. 
Darul Quran Development   akan bersama-sama anda merancang, menterjemah dan memajukan rekabentuk rumah yang bersesuaian dengan citarasa dan bajet anda. Di Darul Quran Development   setiap rekabentuk yang dihasilkan adalah unik dan menjadi hakmilik anda.

REKABENTUK PENGUBAHSUAIAN RUMAH SEDIADA
Pengubahsuaian sebuah rumah samada luaran atau dalaman akan mewujudkan 'jiwa' baru bukan sahaja kepada rumah tersebut tetapi juga kepada penghuni rumah. Walaubagaimanapun, perancangan yang teliti adalah perlu bagi mengelakan sebarang masalah di kemudian hari. Rekabentuk serta susunatur pengubahsuaian perlu dihasilkan dahulu untuk membuat anggaran awal kos kerja-kerja pengubahsuaian. Pelan-pelan ubahsuai juga perlu dihasilkan bagi tujuan mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan sebelum kerja-kerja pengubahsuaian boleh dimulakan. 
Tugas Darul Quran Development  adalah untuk membantu anda menghasilkan rekabentuk dan susunatur pengubahsuaian rumah anda mengikut keperluan dan kehendak anda berdasarkan garispanduan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL). Darul Quran Development   juga akan membantu anda menyedia dan memajukan pelan-pelan yang diperlukan untuk mendapatkan kelulusan daripada PBT di tempat anda.


 REKABENTUK DALAMAN (Interior Design)
- Perancangan ruang dalaman 
- Spesifikasi kemasan dan bahan-bahan
- Susunatur dan spesifikasi perabut 
- Perancangan dan rekabentuk kabinet

  REKABENTUK DAPUR

Darul Quran Development   merekabentuk, dan memasang, kabinet dapur untuk rumah dan bangunan-bangunan lain. Kami akan berkerjasama dengan anda untuk menghasilkan rekabentuk dan susunatur kabinet dapur yang bersesuaian dengan ruang dan gaya dalaman rumah anda. Paling penting, kami boleh merekabentuk dan menyediakan spesifikasi kabinet-kabinet dapur berdasarkan bajet anda.
  • Merancang dan menyediakan susunatur ruang dapur
  • Menyediakan spesifikasi bahan-bahan binaan dan kemasan kabinet 
  • Menyediakan spesifikasi peralatan dapur (peti sejuk, dapur memasak dll)
  • Menyediakan spesifikasi kelengkapan plumbing (sinki, kepala paip dll)
  • Menyediakan lukisan diagram pendawaian elektrik
  • Menyediakan lukisan dan spesifikasi lampu
  • Membina kabinet dapur  

0 comments:

Post a Comment